Selasa, 3 Februari 2009

Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009 (Esei Laras Sains)

Bahagian B

3 Amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat menyumbang kepada berlakunya pelbagai penyakit berbahaya. Jelaskan pernyataan tersebut.

Skema Jawapan

Pendahuluan

• Hampir 30 peratus kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia disebabkan oleh penyakit kardiovaskular.

 (A) Amalan Pemakanan Yang Tidak Sihat 


1. Amalan pemakanan yang tidak seimbang


• Pengambilan makanan tidak mengikut piramid makanan.
• Pengambilan natrium (garam) berlebihan menyebabkan tekanan darah tinggi.
• Pengambilan gula berlebihan menyebabkan karies gigi, peningkatan trigliserida dalam serum pada sesetengah individu dan gangguan gastrousus.
• Pengambilan makanan berkolesterol menyebabkan obesiti.


2. Pengambilan makanan segera



• Makanan segera tidak berzat dan tidak mengandungi vitamin .
• Makanan segera juga mempunyai banyak bahan aditif seperti pengawet, pewarna , pengental/melamine dan perasa yang berlebihan.
• Bahan-bahan aditif yang berlebihan mengandungi bahan kimia asid benzoik, MSG dan asid borik yang tidak baik untuk kesihatan.
• Menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser perut, batu karang dan osteoperosis.


  (B) Gaya Hidup Yang Tidak Sihat 


3. Kurang bersenam

• Badan tidak berpeluh dan jantung kurang aktif.
• Lambakan lemak dan kolesterol dalam badan tidak dapat dibakar.
• Metabolisme menjadi rendah dan mendorong berlakunya masalah obesiti dan penyakit jantung (tinjauan Kesihatan dan Morbiliti di seluruh negara menunjukkan hanya 11.6 peratus rakyat Malaysia aktif bersenam).


4. Pengambilan dadah dan alkohol

• Faktor tekanan telah menyebabkan segelintir masyarakat mengambil dadah dan alkohol sehingga membawa ketagihan.
• Penagih berada dalam keadaan khayal, kurus keterlaluan, penyakit kancing gigi, mandul, sakit perut dan jangkitan HIV.
• Pengambilan alkohol akan menyebabkan berlakunya kekurangan daya koordinasi menyebabkan ’hangover’ seperti sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pencernaan, sakit jantung, hati dan radang paru-paru.


5. Amalan merokok

• Asap rokok juga boleh mencemarkan darah dan aliran darah menjadi tidak normal.
• Asap rokok juga boleh menyebabkan kecacatan janin.
• Kesan nikotin dalam rokok menyebabkan barah paru-paru dan pundi kencing, sakit jantung dan kerosakan salur darah.


6. Mengamalkan seks bebas 

• Pengaruh budaya hedonistik menyebabkan amalan seks bebas.
• Amalan seks bebas akan membawa kepada berlakunya jangkitan HIV/AIDS, penyakit kelamin, gonorea dan siplis.


Kesimpulan

• Banyak penyakit berlaku disebabkan amalan pemakanan yang tidak sihat. Justeru, masyarakat perlu menjaga sumber, bahan , kuantiti dan nilai nutrisi dalam makanan. 















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.