Rabu, 7 Januari 2009

Nota Pengajian Am 1 :Dasar Awam Malaysia(1)

Rajis Omar

Dasar-Dasar Utama Kerajaan 

1). Dasar-Dasar Awam
2). Dasar-Dasar Pembangunan

Definisi Dasar

"Suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak"

Definisi Dasar-Dasar Kerajaan (Awam )

"Satu pengistiharan (hasrat dan ideologi kerajaan) dibuat dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan / mendapatkan hasil/ mencapai objektif. "

Kenapa Dasar Kerajaan Di buat ?

-Meningkatkan kecekapan
-Meningkatkan produktiviti
-Mengurangkan kos pengurusan
-Mengatasi masalah
-Meletakkan asas pentadbiran negara/organisasi
-Panduan bagi mencapai objektif
-Menyedarkan orang ramai perlunya sesuatu amalan baik dipraktikan

Kenapa Dasar-Dasar Kerajaan Perlu Difahami ?

--supaya dapat merangka program dan pelan tindakan bagi mencapai objektif
-mengatasi masalah dan konflik yang mungkin timbul dalam pelaksanaan dasar-dasar berkenaan
-terlibat secara langsung sebagai kakitangan awam (pelaksana dasar) dan rakyat (sasaran)

Jenis-Jenis Dasar Utama Kerajaan

-Dasar-Dasar Ekonomi
-Dasar-Dasar Sosial dan Etika Kerja 
-Dasar-Dasar Luar

Bagaimana Dasar-Dasar Awam Malaysia Terbentuk

Zaman Penjajah
-Sebelum mencapai kemerdekaan 
  ( 1944-1957 )
-Selepas merdeka (1957-13 Mei 1969 )
-DEB (1970-1990) RRJP1
-DPN (1991-2000) RRJP2
-Wawasan 2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.