Rabu, 7 Januari 2009

Sukatan Pelajaran Pengajian Am

900 PENGAJIAN AM

Kandungan 
Bentuk Komunikasi - Pembacaan haruslah meluas dan meliputi pelbagai bentuk komunikasi, iaitu bahan laras bahasa sastera dan bahan laras bahasa saintifik.

Kedalaman Pengajian - Kajian dan pengetahuan berkenaan sesuatu bidang itu hendaklah memperlihatkan kematangan dalam kefahaman dan pemikiran.

Bidang Bacaan - Pembacaan haruslah meliputi bidang-bidang Sains Sosial, Kemanusiaan, Sains dan teknologi, dan karya kreatif. Penekanan yang lebih hendaklah diberikan kepada Malaysia dan daerah serantau.

Pengetahuan Kenegaraan Malaysia - Kajian tentang Pentadbiran dan Perundangan

Pengetahuan Am - Pemahaman tentang isu-isu semasa yang penting di Malaysia, daerah serantau dan dunia.

Bentuk Peperiksaan
Terdiri daripada dua kertas:

Kertas 1: Aneka Pilihan (2 jam)
Mengandungi 60 soalan aneka pilihan

Kertas 2: Esei (2 jam 40 minit)
Terdiri daripada empat bahagian:
Bahagian A - Karangan berorientasi sastera (300 - 350 patah kata) 
Bahagian B - Karangan berorientasi sains (300 - 350 patah kata)
Bahagian C - Ubah bentuk petikan kepada graf/carta dan lain-lain
Bahagian D - Ubah bentuk graf/carta dll kepada karangan/rencana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.