Isnin, 26 Januari 2009

Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009 (Esei Laras Sastera)

Bahagian A(Esei Laras Sastera)

1 Kecuaian pemandu dikenal pasti sebagai faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan jalan raya, namun tidak dinafikan terdapat juga faktor-faktor yang lain. Bincangkan.

Skema Jawapan

Pendahuluan

• Kadar kemalangan yang tinggi setiap tahun pada musim-musim perayaan walaupun pelbagai ingatan oleh pihak berkuasa masih gagal membendung jumlah kemalangan jalan raya yang masih tinggi. 
• Pengguna jalan raya seolah-oleh sudah lali dan tidak mengambil kisah dengan peringatan dan nasihat yang diberikan. 

Faktor – Faktor 

1. Kecuaian Pemandu

• Bentuk kecuaian yang sering dilakukan pengguna jalan raya ialah memandu laju atau berlumba. 
• Kajian menunjukkan bahawa kemungkinan kematian atau kecederaan parah bertambah dua kali ganda untuk setiap tambahan kelajuan 16 kilometer sejam iaitu selepas kelajuan 80 kilometer sejam.
• Memandu dalam keadaan yang dipengaruhi oleh alkohol dan dadah. (Pada Disember 2001, Berita Harian melaporkan bahawa berlaku 85 kes kemalangan disebabkan oleh pemandu mabuk).


2. Keadaan jalan raya 

• Kebanyakan jalan raya di Malaysia masih tidak selamat untuk digunakan seperti tidak rata, berlubang, terlalu sempit, banyak selekoh tajam dan bercerun curam.
• Kemalangan berlaku apabila pemandu cuba menghentikan kenderaan secara tiba-tiba menyebabkan kereta di belakang kurang bersedia dan merempuh kereta tersebut. 
• Keadaan jalan raya yang baik menggalakkan pemandu memecut di jalan raya melebihi had yang ditetapkan.
• Kenderaan sukar untuk dikawal dan kemalangan berlaku.  

3. Keadaan mekanikal kenderaan

• Pengguna tidak melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan mereka sebelum memulakan perjalanan.
• Aspek mekanikal yang sering diabaikan ialah pemeriksaan ke atas brek, tayar berbunga serta lampu isyarat kenderaan.
• Kekurangan penyelengaraan ke atas tayar misalnya menyebabkan cengkaman berkurangan dan boleh melanggar kereta orang lain apabila berhenti di lampu isyarat.


4.Cuaca dan fenomena alam

• Hujan lebat dan ribut yang berlaku boleh mengganggu tumpuan pemandu di jalan raya.
• Penglihatan pemandu menjadi kabur, jalan raya menjadi licin dan air bertakung di kawasan berlopak.
• Kejadian angin lintang secara tiba-tiba yang kerap terjadi kepada pengguna-pengguna Lebuh Raya Utara - Selatan iaitu misalnya dari Seremban ke Muar, Johor dan Ipoh ke Kuala Lumpur, menyebabkan pemandu sukar mengawal kenderaan dan terbabas di jalan raya.


5. Prasarana di jalan raya tidak mencukupi

• Kekurangan lampu-lampu isyarat, papan tanda arah dan juga had kelajuan.
• Pembahagi jalan yang tidak jelas, keadaan jalan raya yang gelap kerana ketiadaan lampu jalan.
• Kekurangan kawasan Hentian Rehat dan Rekreasi (R&R) untuk para pemandu yang ingin berehat.

Kesimpulan

Kecuaian pemandu bukan faktor mutlak jumlah kemalangan jalan raya yang tinggi. Gabungan faktor-faktor di atas adalah menjadi penyumbang kepada statistik kemalangan. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.