Khamis, 15 Januari 2009

Badan Perundangan & Proses Pengubalan Undang-Undang

FUNGSI PARLIMEN DAN KOMPONENNYA

LATAR BELAKANG
 Parlimen biasanya bersidang 3 atau 4 kali dalam setahun. Setiap persidangan biasanya lebih kurang 14 hari dan bagi tujuan persidangan belanjawan negara, biasanya lebih kurang 40 hari.
 Parlimen ialah badan perundangan Persekutuan.Ianya mempunyai bidang kuasa dalam perkara-perkara yang tersenarai dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama.
 Terdiri daripada 3 komponen utama:
A] Yang DiPertuan Agong
B] Dewan Rakyat  
  C] Dewan Negara
 Apabila kita mengatakan bahawa terdapat 3 komponen, ini bermaksud sesuatu rang undang-undang yang dibuat oleh Parlimen akan melalui ketiga-tiga komponen tersebut


Yang Di Pertuan Agong
- Membuka, menutup atau membubarkan Parlimen
- Memberi ucapan
- Memberi persetujuan kepada rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara
- Kedudukan baginda dlm parlimen bererti sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen akan mendapat persetujuan daripada baginda. Baginda akan menitahkan Penyimpan Mohor Besar mengenakan cap Mohor Besar ke atas rang undang-undang berkenaan.
- Jika sesuatu rang undang-undang tidak diperkenankan oleh YDPA , maka ahli-ahli Parlimen hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan dalam PERKARA 66. Dewan Rakyat akan membahaskan semula dan perlu diluluskan semula oleh Dewan rakyat tidak kurang drpd 2/3 undi untuk diperkenankan semula kepada YDPA.
- YDPA mempunyai kuasa memanggil Parlimen bersidang dan baginda juga memastikan bahawa Parlimen tidak dibiarkan tanpa menjalankan persidangan selama 6 bulan.

Dewan Rakyat
- Untuk dipilih menjadi ahli Dewan Rakyat, seseorang itu mesti memenangi pertandingan pilihanraya kawas Parlimen dan menang di kwasan tersebut.
- Sehingga tahun 1999, terdapat 193 kerusi yang mewakili 193 kawasan Parlimen. Peruntukan kerusi untuk Dewan Rakyat adalah 182 kerusi dari negeri-negeri dalam Malaysia dan selebihnya dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpu dan Labuan.
- Tempoh jawatan selama 5 tahun, kelayakan adalah 21 tahun atau lebih.
- Fungsi Dewan rakyat adalah membuat undang-undang, membahaskan dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa yang mustahak.


Dewan Negara
- Ianya dipilih oleh Dewan Undangan Negeri. Dua orang ahli bagi setiap negeri akan dipilih.. Dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Labuan dilantik oleh YDPA.
- Terdapat 69 kerusi di Dewan Negara. Rakyat berumur 30 tahun atau lebih boleh menjadi ahli Dewan Negara
- Rang Undang-undang dibahaskan di Dewan Negara selepas diluluskan di Dewan Rakyat
- Dewan Negara tidak mempunyai kuasa untuk menolak rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Dewan Negara hanya boleh menangguhkan rang undang-undang itu selama 1 bulan untuk undang-undang berkaitan kewangan dan 1 tahun untuk perkara-perkara yang lain.


Apakah persamaan antara Dewan Rakyat dan Dewan Negara?
- Tidak boleh menjadi ahli kedua-dua dewan
- Ahli kedua-dua dewan hilang kelayak menjadi ahli jika didapati atau dishtiharkan muflis, memegang sesuatu jawatan berpendapatan, dan tidak sempurna akal dan tidak mematuhi Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan.

BADAN PERUNDANGAN NEGERI
[DEWAN UNDANGAN NEGERI]

Di Malaysia, terdapat 13 buah Dewan Undangan Negeri, iaitu satu di setiap negeri. Tidak terdapat Dewan Undangan Negeri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Dewan Undangan Negeri ialah badan perundangan negeri. Ianya mempunyai kuasa dalam senara Negeri dan senarai Bersama
Terdiri daripada 2 komponen:
A] Raja atau Yang DiPertua Negeri
B] Dewan Undangan Negeri

Raja atau Yang DiPertua Negeri
- membuka, menangguh dan membubarkan Dewan Undangan Negeri
- Memberi Ucapan
- Memberi persetujuan kepada rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri untuk dijadikan undang-undang
- Memanggil Dewan Undangan Negeri bersidang dan tidak boleh membiarkan jarak enam bulan di antara persidangan
- Melantik Menteri Besar/ketua Menteri daripada salah seorang ahli Dewan Undangan Negeri yang mendapat undi majoriti ahli Dewan Undangan Negeri.
- Melantik ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atas nasihat Menteri Besar/ketua Menteri


Dewan Undangan Negeri
- Dipilih oleh rakyat negeri melalui pilihanraya
- Tempoh jawatan selama 5 tahun per tempoh
- Kelayakan ialah 21 tahun atau lebih, warganegara Malaysia dan bermastautin di negeri tersebut
- Fungsi membuat undang-undang untuk sesuatu negeri


Kaedah Membuat Undang-Undang
- dikemukan dalam Dewan
- dibincangkan dan dibahaskan
- undi untuk diluluskan
- dibawa kepada Raja untuk diperkenankan
- diwartakan


Apakah hubungan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen?
- Malaysia mengamalkan sistem kerajaan Persekutuan yang membahagikan kuasa antara Persekutuan dan Negeri yang tercatat dalam perlembagaan Persekutuan
- Perkara 73, fasal [a], undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen hendaklah diikuti oleh negeri-negeri
- Dewan Perundangan Negeri boleh membuat Undang-undang negeri asalkan ianya tidak bercanggah dengan undang-undang Persekutuan.
- Jika mana-mana undang-undang Negeri adalah berlawanan dengan sesuatu Undang-undang Persekutuan, maka Undang-undang Persekutuan hendaklah digunakan
- Negeri-negeri tidak boleh membuat undang-undang untuk menghalang atau menyentuh perjalanan kuasa pemerintah Persekutuan.


Pembahagian Kuasa Perundangan Malaysia
- Parlime [kerajaan Pusat] boleh membuat undang-undang dalam perkara-perkara yang terkandung dalam:
- A] Senarai Persekutuan
- B] Senarai Bersama
- Dewan Undangan Neger [kerajaan Negeri] boleh membuat undang-undang dalam perkara-perkara dalam
- A] Senarai Negeri
- B] Senarai Bersama









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.