Isnin, 26 Januari 2009

Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009 (Esei Laras Sastera)

Bahagian A(Esei Laras Sastera)

2 Globalisasi dapat membawa banyak kebaikan kepada politik dan sosial masyarakat. Namun begitu, keburukan fenomena globalisasi khususnya dalam ekonomi negara tidak dapat disembunyikan. Bincangkan.

Skema Jawapan

Pendahuluan

• Fenomena yang dicetuskan oleh globalisasi merupakan isu yang sering dibincangkan dewasa ini.

Kebaikan Globalisi 
  (A) Politik 



1. Tingkatkan persefahaman politik antara negara.

• Kemajuan telekomunikasi tingkatkan pemahaman tentang pelbagai isu seperti tuntutan kepulauan Spratly, penubuhan ASEAN dan AFTA.
• Isu dapat dibincangkan di peringkat pemimpin antara negara.  
• Mengurangkan konflik yang disebabkan oleh ketidakfahaman tentang pelbagai perkara seperti perebutan kawasan, isu kebanjiran pekerja asing dan penggunaan ruang udara.


2. Mendedahkan norma dan idea baru kepada negara sedang membangun

 ● Memberikan pelbagai pemikiran alternatif dalam bidang  
  pentadbiran dan pengurusan negara
• Mendedahkan sistem demokrasi secara meluas.
• Perkongsian idea yang membangunkan negara.

(B) Sosial 

3. Tingkatkan pengetahuan dalam semua bidang

• Globalisasi memudahkan akses kepada pelbagai disiplin ilmu pengetahuan .
• Perkongsi pintar di ruang siber yang semakin canggih.
• Meningkatkan R&D dan inovasi. (Sebagai contoh,dalam bidang perubatan , kejuruteraan, astronomi dan bioteknologi. 

   
(C) Keburukan Globalisasi (Ekonomi) 

4. Negara terdedah kepada krisis ekonomi

  ● Penglibatan pelabur asing yang bermodal besar khususnya  
  dalam bidang dana jangka pendek.
• Kekurangan kecairan wang dalam negara berlaku apabila pelabur asing itu menarik dana beserta keuntungan dalam pelaburan kewangan seperti saham apabila mereka mendapat keuntungan.


5. Penjajahan ekonomi oleh negara maju.

• Negara-negara maju menyalurkan bantuan kewangan kepada negara mundur melalui badan-badan antarabangsa.
• IMF mengenakan syarat yang memberi keuntungan kepada negara-negara maju berkenaan dalam jangka panjang. 
• Antara syarat yang dikenakan ialah negara mundur harus meliberalisasikan pasaran mereka di samping melonggarkan pelaburan asing.

(D) Keburukan Globalisi Yang Lain 

6. Negara mundur kehilangan daya saing dalam pasaran

• Kebanjiran kemasukan barangan import menjejaskan pasaran domestik yang selama ini dikuasai oleh syarikat-syarikat tempatan. 
• Syarikat tempatan tidak mampu bersaing dari segi harga produk kerana kos pengeluran produk tempatan masih mahal dan kualiti barangan yang masih ketinggalan.

7. Pencemaran budaya

• Budaya dan akar sejarah semakin terhakis. 
• Nilai pegangan agama semakin longgar.
• Budaya kuning menular (seperti hedonistik menular dalam masyarakat).

Kesimpulan

• Kesimpulannya, globalisasi adalah satu fenomena yang jelas membawa banyak kelebihan kepada sesebuah negara sekiranya diterima secara berhati-hati.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.