Khamis, 15 Januari 2009

Bab 1 Kenegaraan Malaysia

Rajis Omar

Pembahagian Kuasa

  • Pembahagian Kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil "Separation of Powers" merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang utama : Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman.
  • Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman” (tyranny), di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa tersebut.

Sejarah

  • Konsep Pembahagian Kuasa (juga lebih dikenali sebagai Konsep Pengasingan Kuasa) bermula sejak zaman Yunani lama. Aristotle berminat dengan kerajaan gabungan berkomposisi monarki, aristokrasi, dan demokrasi, melihatkan setiap elemen secara sendirinya tidak mampu menjalankan operasi kerajaaan secara sendirian, tetapi campuran ketiga-tiga elemen mengambil aspek terbaik dari elemen masing-masing. Pada 1656 James Harrington dalam bukunya Oceana, telah mengemaskinikan idea tersebut dan mencadangkan sistem berdasarkan konsep ini. John Locke, dalam "Civil Government, second treatise" pada 1690, telah membahagikan kuasa kerajaan kepada dua iaitu eksekutif dan legislatif. Manakala, Montesquieu dalam karyanya "Spirit of the Laws" telah mengembangkan idea Locke, dengan menambahkan cabang kehakiman. Dikatakan orang Inggeris mewujudkan kaedah sebenar pembahagian kuasa ini dengan lebih formal, yang mereka gelar sebagai “Instrumen Kerajaan”.

Konsep pembahagian kuasa

Di bawah pembahagian kuasa, kerajaan dipecah kepada tiga cabang, iaitu:

Legislatif atau penggubal undang-undang

Eksekutif atau pentadbir kerajaan berdasarkan undang-undang

Kehakiman atau pelaksana undang-undang

Cabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satu cabang dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh ketua Eksekutif, manakala undang-undang yang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman untuk membuat keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan undang-undang tersebut.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.