Selasa, 13 Januari 2009

900/1 Pengajian Am 1 : Sistem Kehakiman Malaysia

Oleh : Rajis Omar

Latar Belakang :

Sistem Kehakiman Malaysia dalam keseluruhannya di bawah organisasi kerajaan Persekutuan.

Bidang kuasa serta prosiding :

Mahkamah Persekutuan
Bidang kuasa : Rayuan, nasihat, sedia ada dan rujukan dan tidak meliputi bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Ketua Mahkamah Persekutuan ialah Ketua Hakim Negara. Anggota-anggotanya yang lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Borneo dan 7 orang hakim-hakim Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Rayuan

Bidang kuasa : Rayuan untuk mendengar kedua-dua kes sivil dan jenayah daripada Mahkamah Tinggi. Manakala, dari Mahkamah Sesyen, hanya kes-kes jenayah didengar rayuannya.
Diketuai oleh seorang Presiden dan dianggotai oleh 10 orang hakim.

Mahkamah Tinggi

Bidang kuasa : Rayuan bagi kes-kes sivil dan jenayah dan bidang kuasa sedia bagi kes-kes jenayah dan sivil. Bidang kuasa yang sedia ada bagi kes-kes jenayah dan sivil adalah tidak terhad di mana kes-kes di luar bidang kuasa Mahkamah Rendah dibawa di hadapannya. Secara amnya, Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes yang membawa hukuman mati mandatori.
Mahkamah Tinggi juga mempunyai kuasa untuk membuat kajian semula bagi kes-kes jenayah diputuskan di Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa sivil mendengar kes-kes :

cerai dan nafkah
admirality
kebangkaran dan syarikat
penjagaan kanak-kanak
surat kuasa mentadbir dan probet

Mahkamah Sesyen
Bidang kuasa : Mendengar dan melupuskan apa-apa kes sivil atau jenayah yang timbul dalam kawasan yang dihadkan bagi bidang kuasanya. Bagi bidang kuasa jenayah, Mahkamah Sesyen boleh mendengar semua kes selain daripada kes yang membawa hukuman mati mandatori.
Bagi bidang kuasa sivil pula, mahkamah mempunyai kuasa yang tiada had bagi kes-kes kemalangan dan pertelingkahan atau pertikaian yang melibatkan tuntutan tidak melebihi darippada jumlah RM 250 00.00.

Mahkamah Majistret
Terbahagi kepada Mahkamah Majistret Kelas 1 dan Majistret kelas 2.

Mahkamah Majistret Kelas 1
Bidang kuasa : Jenayah – mendengar semua kes jenayah dan hukuman penjara yang boleh dijatuhkan ialah penjara tidak melebihi 10 tahun.
Secara amnya, seorang Majistret Kelas 1 boleh menjatuhkan hukuman yang diperuntukkan undang-undang tidak melebihi : 5 tahun penjara , Denda sebanyak RM 10 000.00 , Rotan hingga 12 kali
Kombinasi mana-mana hukuman di atas. Bagi bidang kuasa sivil – boleh mendengar perkara yang dipertikaikan di mana jumlah tuntutan tidak melebihi RM 25 000.00.


Mahkamah Majistret Kelas 2
Bidang kuasa : Jenayah – boleh mendengar kes-kes di mana hukuman penjaranya tidak melebihi 12 bulan atau denda sahaja.
Boleh menjatuhkan hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang tidak melebihi :
bulan penjara denda sebanyak RM 250.00
kombinasi mana-mana hukuman di atas
Bidang kuasa sivil – boleh mendengar kes-kes yang tidak melebihi RM 3 000.00.