Selasa, 13 Januari 2009

900/1 Pengajian Am 1 : Demokrasi Berparlimen

Oleh : Rajis Omar

KONSEP DEMOKRASI

Istilah demokrasi berasal daripada perkataan Greek, iaitu demos dan kratos.
Demos bermaksud ‘rakyat’ dan kratos bermaksud ‘pemerintahan’.

Konsep demokrasi dikatakan telah diasaskan oleh kerajaan Greek Purba abad ke-4 M).

Konsep demokrasi ini dikembangkan pula oleh beberapa orang cendekiawan Greek seperti Socrates, Plato, Aristotle dan Pericles.

AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

Malaysia telah mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi sejak kemerdekaan sehingga hari ini. Konsep demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah sama dengan apa yang diamalkan oleh negara lain yang mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi, iaitu suatu pemerintahan yang menggunakan suara rakyat dalam menentukan pemimpin negara atau tampuk pemerintahan.

PRINSIP UTAMA SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN

Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Ketua Negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong(YDPA).

Perlantikan YDPA dibuat oleh Majlis Raja-raja secara bergilir-gilir selepas lima tahun.

YDPA memegang kuasa tertinggi dalam pentadbiran negara seperti perundangan, pentadbiran, kehakiman, ketenteraan dan sebagainya.

KETUA NEGERI

Kuasa pentadbiran di peringkat negeri dipegang oleh raja/sultan sebagai Ketua Negeri manakala di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, dan Melaka digelar Yang Dipertua Negeri.

Sebagaimana YDPA, sultan juga memerintah mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Tugas sultan sebagai Ketua Negeri menurut Perlembagaan ialah memanggil, menangguh, dan membubarkan Dewan Undangan Negeri tetapi tiada kuasa untuk mengisytiharkan darurat.

Disamping itu Ketua Negeri dilantik menjadi Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu di negerinya.

PARLIMEN

Parlimen melambangkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen kerana wakil-wakil yang di lantik adalah melalui pilihan raya (suara majoriti).

STRUKTUR DAN KEANGGOTAAN PARLIMEN

DEWAN RAKYAT
Berperanan sebagai tempat untuk membahas rang undang-undang

DEWAN NEGARA
Merangka rang undang-undang

PILIHANRAYA

Pilihan raya umum diadakan untuk memilih wakil-wakil Parlimen untuk menerajui pemerintahan negara dan memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri untuk mengetuai kerajaan Negeri.

Dijalankan setiap 5 tahun sekali.

Pengundi mestilah berumur 21 tahun keatas.

Bermastautin didalam suatu kawasan pilihan raya dan tidak seorang pun boleh mengundi lebih daripada satu bahagian pilihan raya dalam pilihan raya yang sama.





PERLEMBAGAAN

Perlembagaan melambangkan kewujudan demokrasi berpalimen di Malaysia yang memberikan jaminan kepada pemerintah dan rakyat dari segi perlindungan, kedudukan,hak dan sebagainya.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, kini di kenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia.