Selasa, 13 Januari 2009

900/1 Pengajian Am 1 : Sistem Kerajaan

Oleh : Rajis Omar

Sistem kerajaan merangkumi institusi-institusi dan agensi-agensi yang bertanggungjawab menggubal atau melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai contohnya, institusi atau agensi itu adalah seperti Parlimen, kabinet, Majlis Raja-Raja, mahkamah, jabatan dan kementerian. Sistem kerajaan hari ini boleh dibahagikan berasaskan :

a. pembahagian kuasa kerajaan antara pusat dengan negeri
b. kewujudan atau tidak kewujudan raja

Berasaskan pembahagian ini, terdapat sistem kerajaan persekutuan, kesatuan, konfederasi, republik dan beraja.

Kerajaan Kesatuan

dilaksanakan melalui pemusatan kuasa, iaitu kerajaan pusat mempunyai segala kuasa kerajaan
Contoh : Malayan Union adalah terdiri dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Kesemuanya disatukan dalam pentadbiran pusat di Kuala Lumpur di bawah Gabenor British
Kerajaan pusat berhak mengubah kuasa-kuasa atau sempadan mereka
Kerajaan pusat juga boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh peringkat-peringkat kerajaan lain
Contoh : Britain, New Zealand, Perancis, Sweeden, Norway dan Denmark

Kerajaan Konfederasi

merujuk kepada persepakatan di antara beberapa buah negeri melalui perjanjian bersama
kuasa kerajaan terletak di tangan kerajaan-kerajaan negeri
Contoh : Jerman (tetapi tidak lagi sekarang ini)


Kerajaan Persekutuan

beberapa buah negeri disekutukan untuk kepentingan bersama
setiap negeri mempunyai sistem pentadbirannya sendiri dan kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri


Kerajaan Republik

ketua negara lazimnya seorang Presiden
Contoh : Filipina, India, Perancis, dan Portugal


Kerajaan Beraja

ketua negara adalah raja / ratu
hampir kesemua negara yang mempunyai sistem beraja hari ini, kuasa raja dihadkan oleh perlembagaan
Contoh : Malaysia, Britain – sistem raja berpelembagaan iaitu raja menjalankan kuasa pemerintahannya mengikut perlembagaan undang-undang

Kerajaan Demokratik
demokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu demos (rakyat) dan kratos (kuasa)
oleh itu, rakyat mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan kerajaan yang memerintah sesebuah negara melalui pilihanraya umum

antara ciri-cirinya :

a. semua warganegara mempunyai kelayakan umur tertentu boleh mengundi
b. setiap warganegara dibenarkan bertanding dalam pilihanraya
c. pengundian pilihanraya dibuat berdasarkan bilangan undi terbanyak
d. badan perundangan (Parlimen) terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih
e. mengutamakan kebebasan, persamaan dan hak-hak rakyat


PERHATIAN
Pelajar kena pandai membezakan semua jenis kerajaan yang disenaraikan.