OBJEKTIF
Meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar menerusi kemahiran membuat nota ringkas secara efektif.
Menggalakkan kerjasama diantara guru dan pelajar dalam pembelajaran pelajar melalui prinsip perkongsian pintar.
Mensasarkan pelajar-pelajar memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM khususnya dalam mata pelajaran Pengajian Am dan Sejarah.
RASIONAL
Kemahiran membuat nota ringkas yang efektif dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam bab atau topik yang diajar oleh guru.
Nota ringkas yang efektif dapat membantu pelajar mengulangkaji dengan pantas khususnya dalam menempuh peperiksaan.
KUMPULAN SASAR
Pelajar pelajar kelas tingkatan 6 LPU 1 dan 6 LPU 2.
Guru mata pelajaran Pengajian Am dan Sejarah tingkatan 6
PERLAKSANAAN
Tempoh masa : Bulan Ogos 2009 – Bulan Oktober 2009
Pembentukan kumpulan/”Peer Group” untuk kelas yang terbabit.
Interaksi antara kumpulan dengan guru mata pelajaran sebanyak 2 kali seminggu.
Proses suntingan dan menaip nota ringkas oleh kumpulan yang dibentuk.
Penjilidan dan memperbanyakkan nota ringkas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.