Selasa, 3 Februari 2009

Pembangunan produk pelancongan inovatif memberi pulangan lumayan

KUALA LUMPUR: Inisiatif Malaysia untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang inovstif sudah memberi pulangan yang lumayan terutamanya dalam pendapatan tukaran asing, demikian menurut Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri. 

Enrolmen pelajar asing di peringkat tertiari berjumlah 92,318 orang dengan pendapatan tukaran asing sebanyak RM1.4 bilion, kata EPU dalam Kajian Separuh Penggal RMK-9(2006-2010) di sini hari ini. 

Di samping itu, katanya 637,975 pesakit dari luar negara mendapat rawatan dan menyumbang RM457.5 juta kepada pendapatan tukaran asing. 

Seramai 2.8 juta orang sudah menyertai persidangan, insentif, konvensyen dan pameran dengan perolehan pendapatan sebanyak RM5.9 bilion, katanya. 

Menurut EPU, 1,503 rakyat asing menyertai program Malaysia Rumah Keduaku pada 2007 dengan nilai perolehan hartanah kediaman berjumlah RM43.8 juta. 

Katanya, ketibaan pelancong mencecah 21 juta orang pada 2007 dengan pendapatan RM46.1 bilion berbanding RM31.9 bilion pada 2005. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.